Ahad, 7 Ogos 2011

Report to the authority

Below is my email to the KPDNKK (Ministry of Domestic Trade, Co-operatives And Consumerism).Basically I wrote my complaints bout Dell and the shop (Ezytronic).

Salam Hormat.

Saya Muhammad Fahmi Taqiyuddin bin Saad, 8XXXXX-23-5765, beralamat di Nombor XX, Taman XXXXX XXXX, XXXXX XXXXXX, 82000, Pontian, Johor DT.

2-Pada bulan Julai 2009 saya telah membeli sebuah laptop Dell model XPS M1530 berharga kurang hampir RM 200 mencecah RM3000.00 daripada sebuah syarikat berkaitan komputer. Waranti setahun. Pada waktu dibeli saya tidak mengetahui apa yang saya perlu ketahui seperti 'service tag' pada laptop untuk rujukan jika berlaku apa-apa kerosakkan dimasa kelak dan pihak penjual tidak berniat memberitahu selain mencari keuntungan semata.

3-Pada bulan November 2010 yang lepas, laptop ini telah mengalami kerosakan dimana skrinnya tidak mengeluarkan apa-apa langsung(black screen) setelah peringkat 'loading'.

4-Saya melakukan carian di Google berkenaan isu ini dan mendapati isu ini berpunca daripada kerosakkan 'motherboard' atau papan induk laptop ini. Saya tambah terperanjat kerana mengetahui laptop model XPS M1530 ini telah mengalami kerosakan yang serupa diseluruh dunia selain kerosakkan-kerosakkan lain pada model yang sama(XPS M1530). Rujuk disini- http://www.facebook.com/group.php?gid=329774967502

5-Punca kerosakkan laptop model XPS M1530 ini adalah kerana suhu yang terlampau tinggi hingga mengakibatkan kerosakkan 'internal part' termasuk papan induk.

6-Aduan saya disini ialah pihak Dell di Malaysia tidak mengambil apa-apa tindakan dalam menangani masalah pelanggan yang membeli laptop model XPS M1530 ini. Mungkin pihak Dell boleh beralasan untuk melepaskan diri kerana saya membeli laptop model XPS M1530 ini pada pihak wakil penjual dan bukan melalui cara pembelian terus (online) dengan pihak Dell. Tetapi apa yang dibeli oleh saya ialah produk Dell. Bukan produk hasil pengeluaran wakil penjual. Maka logiknya segala rekabentuk dan pemasangan dilakukan oleh pihak Dell. Maka pihak Dell perlu bertanggungjawab diatas segala masalah produk mereka sendiri.

7-Saya cuba berikhtiar dengan menghubungi kedai tempat saya membeli dahulu tetapi mereka memberi alasan yang pelbagai terutama waranti yang telah tamat. Baik. Saya faham polisi mereka dan saya fikir kerana saya Melayu maka pihak pekedai (Cina) tidak kisah selain mencari untung semata. Maka disini adalah tanggungjawab Dell kerana mengeluarkan produk yang berisiko tinggi untuk rosak pada awalnya dan dibuktikan melalui kerosakkan yang hampir sama berlaku pada model XPS M1530 ini diseluruh dunia.

8-Saya faham pihak Kementerian mungkin tidak boleh berbuat apa-apa kerana ini melibatkan polisi pekedai dan pihak Dell dalam membuli pelanggan. Tetapi sila simpan maklumat berkenaan produk-produk yang 'faulty' sebegini dalam rekod pihak Kementerian agar dimasa depan tidak ada lagi pelanggan yang nasib tidak terbela seperti saya harapnya.

Terima kasih.

Muhammad Fahmi Taqiyuddin bin Saad
019451****